Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Nas-T Mahu Jadi Suami Nabila Huda!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nas-T

Pelakon dan deejay, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar mengakui bahawa ingin membawa hubungan cintanya dengan Nabila Huda ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan jika Nabila merupakan jodohnya.

“Asalnya saya dan Nabila merupakan teman baik. Kami dah kenal sejak zaman remaja lagi dan selalu lepak sama. Saya sendiri tak sangka hubungan ini boleh serapat ini. Saya gembira sebab kami dah berkawan lama dan dah tahu baik buruk masing-masing. Kalau ditakdirkan jodoh saya dengan Nabila, saya terima saja,” katanya kepada portal Gua.
Nas-T yang popular dengan watak Abu menerusi drama rantaian Kami mengatakan karakter tersendiri pada diri Nabila merupakan penyebab utama dia jatuh cinta dengan aktres berbakat besar itu.
“Nabila bukan macam perempuan lain. Saya sebenarnya suka dengan perempuan yang ada perangai ala-ala tomboy sedikit. Nabila banyak kawan lelaki dan dia sendiri tahu perangai lelaki macam mana. Itu yang buat saya tertarik dengan dia. Kami tak pernah gaduh. Kalau nak berbual, cerita apa-apa pun boleh. Mesti masuk punya,” jelas Nas-T lagi.
Selain itu, Nas-T mendedahkan dia kini memcari masa yang sesuai untuk berjumpa keluarga Nabila secara peribadi bagi membincangkan hal mengenai perkahwinan mereka berdua.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments