Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Monyet Bieber Ditempatkan Di Pusat Perlindungan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Monyet Bieber
Jerman – Monyet yang menjadi hadiah hari jadi penyanyi Justin Bieber, yang digelar Mally, bakal menghabiskan masa di pusat perlindungan haiwan di Munich selama sembilan bulan.
Mally dirampas oleh pihak Kastam di Munich ketika Bieber mengunjungi Jerman dalam siri jelajahnya.
Bieber kini dilaporkan cuba mendapatkan semula binatang berkenaan dan dia diberikan masa selama sembilan bulan untuk menyediakan dokumen yang diperlukan.
Monyet berkenaan dihadiahkan oleh penerbit muzik, Jamal ‘Mally Mal’ Rashid kepada Bieber sempena hari jadinya yang ke -19 pada bulan lalu.
Ketika itu Mally baru berusia sembilan bulan dan kebiasaannya binatang berkenaan akan ditempatkan bersama ibunya untuk tempoh selama setahun.
Dalam pada itu, ketua pusat perlindungan berkenaan, . Karl Heinz Joachim, memberitahu, Mally kini seolah-olah patah hati dan merindui anggota keluarganya.
“Bieber diberikan masa selama sembilan bulan berbanding empat minggu sebelum ini kerana sejak dirampas, Mally langsung tidak bertemu dengan pemiliknya yang juga penyanyi berkenaan,’’ katanya.
Sementara itu, jurucakap Kastam Jerman memberitahu, monyet itu dirampas daripada Bieber memandangkan penyanyi berkenaan tidak memiliki dokumen yang sah terutama melibatkan aspek kesihatan dan perlindungan monyet tersebut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments