Paul Dean Davy, 52, yang juga Pengurus Besar Blue Rock Beach Resort di Olongapo City mati di tempat kejadian selepas ditembak pagi Jumaat lalu.
Pegawai penyiasat, Tyrone Tecson berkata, Davy sedang bercakap dengan pekerja pusat peranginan itu apabila seorang lelaki menghampirinya dari belakang sebelum melepaskan tembakan.
“Penyerang hanya melepaskan satu das tembakan,” katanya.
Menurut Tecson, pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan pertikaian masalah pekerjaan kerana ada beberapa orang dipaksa berhenti atau dibuang kerja baru-baru ini. Katanya, polis melihat kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam.
“Ramai pekerja yang diberhentikan marah atas tindakan yang dikenakan ke atas mereka,” katanya. Kejadian itu, kata Tecson, disaksikan ramai orang, termasuk pekerja pusat peranginan berkenaan. - AFP
No comments
Post a Comment