SYDNEY - Dua wanita didakwa pengamal ilmu sihir dipancung kepala selepas diseksa selama tiga hari oleh penduduk di sebuah perkampungan dalam Papua New Guinea, semalam.
Menurut pegawai polis Bougainville, Herman Birengka, tindakan yang dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan itu bermula selepas kedua-dua wanita berkenaan ditangkap pada Selasa lalu oleh ahli keluarga bekas guru yang meninggal dunia baru-baru ini.
Pembunuhan kejam itu berlaku sehari selepas enam wanita yang didakwa sebagai ahli sihir diseksa dengan seterika panas sebagai balasankorban dalam wilayah Pergunungan Selatan. - AP
No comments
Post a Comment