Seoul – Penyanyi rap Korea Selatan, Psy bakal tampil dengan single terbaru Gentleman, yang dikatakan bakal menyaingi tarian kuda Gangnam Style.
Album ini bakal mengetengahkan tarian baru, namun ia masih dirahsiakan oleh Psy sehingga lagu berkenaan diterbitkan pada 12 April ini.
Gentleman pertama kali akan diperdengarkan kepada peminatnya di Korea Selatan, dalam satu konsert yang akan diadakan pada 13 April ini.
“Lagu ini amat kelakar…dan apa yang boleh saya nyatakan lagu ini bertajuk Gentleman.
“Saya tidak boleh mendedahkan tariannya namun semua penduduk Korea mengetahui tarian ini….bagaimanapun negara luar belum menyaksikannya,’’ kata Psy dalam satu tembual dengan televisyen tempatan pada Isnin.
Ia sekali gus memberikan bayangan tarian itu akan mengandungi unsur tarian tradisional Korea Selatan.
Psy menjadi terkenal selepas klip video Gangnam Style menjadi popular di YouTube dan disifatkan sebagai satu fenomena luar biasa.
Penyanyi yang mendapat pendidikan dari Universiti Boston dan Berklee College of Music itu menghasilkan album pertamanya pada 2001.
No comments
Post a Comment