Remaja berkenaan menaiki kayak berkenaan sejauh 195 batu merentasi sungai dan hutan belantara.
Ketika itu, senjata berkenaan masih tertusuk di mukanya ketika dia menuju ke hospital tentera São Gabriel da Cachoeira. .
Kejadian pada Khamis lalu berlaku di sebuah perkampungan di Pari-Cachoeira yang terletak di sempadan Colombia.
Menurut media rempatan, ketika kejadian, remaja itu telah menyelam untuk menangkap ikan yang terperangkap di dalam perangkap yang dipasang dalam air.
Namun nasib malang menimpanya apabila dia ditembak dengan harpoon oleh abangnya.
Kemalangan itu berlaku kerana abangnya menyangka ada ikan yang di dalam perangkap tersebut, tanpa menyedari ia adalah adiknya sendiri.
Remaja tersebut kini dilaporkan selamat selepas pasukan perubatan di hospital berkenaan berjaya mengeluarkan harpoon berkenaan.
No comments
Post a Comment