Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Yasmin Hani Tolak Watak ‘Makcik- Makcik’!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Yasmin Hani

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson menyatakan dia kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang belakang tabir sebagai penerbit demi jaminan masa hadapannya.

Yasmin turut menyatakan sampai bila dia mahu berlakon kerana industri lakonan di tanah air tidak sama seperti di Hollywood di mana pelakon yang semakin berusia lebih dihargai dengan ditawarkan pelbagai peranan utama dalam sesebuah filem atau drama yang dibintanginya.
“Bila saya tonton televisyen dengan suami saya, kalau ada watak mak-mak atau makcik-makcik, dia (suami) tanya pada saya, nak ke saya berlakon watak-watak macam tu? Saya jawab, tak nak.
“Jadi itu yang membuat saya berfikir sampai bila saya nak terus berlakon. Kalau nak tunggu tawaran watak utama, entah bila… sebab umur pun dah meningkat, kan. Kita pun tak tahu sampai bila populariti kita,” katanya kepada MalaysianDigest.
Selain mula aktif dalam kerja-kerja penerbitan dan belakang tabir, Hani juga sempat menubuhkan sebuah perniagaan baju atas talian, Baajookoo bersama dua rakan baiknya iaitu Atilia Haron dan Daphne Iking.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments