Pengurus Pemasaran Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Nor Esah Abdul Ghani berkata, penampilan kali pertama 1927 di Malaysia uty sebahagian daripada program jelajah album baharu “Generasi-i” oleh kumpulan berkenaan di Asia Tenggara.
“Kumpulan ini dianggotai Erik Weideman sebagai penyanyi, Craig Laird (pemain gitar), Simon Shapiro (pemain bass) and Damien Cooper (pemain drum).
“Kumpulan muzik berusia 23 tahun ini akan membuka tirai persembahan dari album “…ISH” yang telah terjual lebih setengah juta unit di Australia,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Nor Esah berkata, pihaknya juga berasa gembira kerana 1927 memilih Hard Rock Cafe Melaka dan Kuala Lumpur sebagai tempat untuk membuat persembahan di Malaysia.
Menurut beliau, kumpulan muzik itu pasti memberi kenangan yang sukar dilupakan oleh pengunjung persembahan mereka di Hard Rock Cafe pada 7 dan 8 April ini. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment