Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Komuniti Penan Dalam Hutan Selamanya?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

penan
Bila bercerita mengenai politik dan sosio ekonomi negeri Sarawak, satu perkara yang paling kerap diutarakan adalah kononnya masyarakat Penan di negeri itu ditindas dan tanah adat mereka dirampas.
Dalam kesempatan bertemu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud di Kuching malam tadi, persoalan itu telah ditimbulkan.
taib-mahmud2-sept4
Jawapan yang terbit dari mulut beliau, membuat kita semua seharusnya berfikir sejenak.
Salah satu ayat beliau ialah; “Takkan saya hendak biarkan masyarakat Penan terus hidup merayau dalam hutan seperti 100 tahun yang lalu”.
Beliau berkata, pihak di barat yang begitu beriya-iya mahu melihat masyarakat berkenaan hidup berkelanan dalam kawasan hutan.
penan 2
Namun bagi beliau, sudah tiba masanya untuk komuniti itu mengikuti gaya hidup arus perdana yakni hidup dalam komuniti yang tetap tetapi mengekalkan sebanyak mungkin adat yang sesuai dengan peredaran zaman.
Beliau berkata, masyarakat Penan bukannya alat uji kaji untuk pihak barat yang mahu mereka kekal sebagai kaum yang kononnya unik kerana hidup dalam hutan.
Bagi beliau, tidak wujud istilah tanah adat dirampas atau sebagainya.
“Berapa ramai wanita Penan yang mati semasa melahirkan anak di tengah hutan…yang maut tanpa perkhidmatan perubatan… saya ada tanggungjawab untuk membantu mereka…saya tidak boleh membutakan mata saya kepada hakikat bahawa zaman sudah berubah dan pendekatan kita untuk membantu masyarakat itu juga sudah sepatutnya berubah,” katanya.
Kata Taib, hanya ada sebanyak 5,000 komuniti Penan di seluruh Sarawak dan bukannya sukar kalau beliau mahu menempatkan mereka di satu penjuru hutan di Sarawak.
Namun kata beliau, itu bukan sesuatu yang beliau mahukan kerana pada zaman ini, masyarakat Penan juga harus mula memasuki arus perdana kehidupan.
Jelasnya, barat bercakap mengenai isu Penan dari luar tetapi beliau melihat isu Penan dari dalam.
“Saya sudah begitu banyak membantu masyarakat Penan, lebih baik daripada British dahulu yang membiarkan masyarakat Penan begitu sahaja dalam hutan semata-mata kerana mahu mengekalkan gaya hidup turun-temurun mereka,” katanya. – Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments