Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Remaja Dihukum Dipenjara Dan Sebat Rompak 7-Eleven!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Remaja Dihukum Dipenjara Dan Sebat Rompak 7-Eleven
PETALING JAYA – Seorang bekas tukang cuci dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak berkumpulan terhadap pekerja kedai serbaneka 7-Eleven, tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Riduan Sekh Ruslan, 21, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mohd Riduan bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Nor Rashidah Radzali, 20, dengan mengambil wang tunai sebanyak RM42 dan enam kotak rokok milik 7-Eleven, di kedai serbaneka itu di No 9 GF Jalan SP 2/2 Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, pada 7.30 pagi, 28 Nov tahun lalu.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, tertuduh yang menangis semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman berkata dia perlu menanggung keluarga dan mempunyai ibu yang menghidap penyakit barah payudara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments