Malam ini, untuk pertama kalinya lagu tersebut akan nyanyikan oleh finalis Top 10 American Idol musim ke-12 (AI12). Ia akan disiarkan di saluran Star World (Astro saluran 711).
Single berentak rancak itu merupakan lagu ciptaan bersama oleh Adam Young, Alan Silvestri dan Glen Ballard, yang terkenal dengan hasil ciptaan lagu-lagu untuk bintang seperti Michael Jackson, Alanis Morissette dan No Doubt.
Filem The Croods yang turut meminjam suara pelakon hebat seperti Nicolas Cage, Ryan Reynolds dan Emma Stone, akan ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air bermula pada 21 Mac 2013.
Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, bernaung dibawah syarikat rakaman Verve Music Group yang mana syarikat itu turut dinaungi artis terkenal seperti Diana Krall, Jamie Cullum, Herbie Hancock dan Rod Stewart.
Bon Jovi juga akan membuat persembahan menyanyikan lagu Because We Can serta pemenang American Idol tahun lalu, Phillip Phillips akan menyampaikan single keduanya, Gone, Gone, Gone.
Seramai 10 finalis American Idol musim ini iaitu Arbos Lazaro, Janelle Arthur, Curtis Finch Jr, Candice Glover, Kree Harrison, Amber Holcomb, Paul Jolley, Angie Miller, Burnell Taylor dan Devin Velez akan membuat persembahan bertemakan ‘Music of American Idols’, termasuklah mereka juga menyanyikan lagu pemenang-pemenang American Idol yang lalu.
Program realiti ini akan disiarkan pada Jumaat (malam esok) jam 10 malam di 8TV. Keputusan penyingkiran mingguan AI12 akan disiarkan di Star World (Astro saluran 711) esok pada jam 6 petang. – MalaysianDigest
No comments
Post a Comment