Dia kini terlibat dengan sepupunya, Dr Anwar Fazal dengan menubuhkan Band Burn & Soul yang menyanyikan lagu-lagu berunsurkan islamik serta kesedaran.
Meskipun sibuk dengan pembikinan filem terbarunya, KL Gangster 2, ia tidak menghalang pengarah muda ini untuk menjayakan minatnya dalam bidang muzik.
“Ramai tak tahu saya terlibat muzik. Saya dah menghasilkan empat single, tetapi lagu saya tak dimainkan di radio,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Walaupun lagunya tidak dimainkan di stesen radio, Syamsul, 29, menyatakan bahawa dirinya sangat serius dalam bidang muzik dan dia juga menyatakan lebih puas menjadi pengarah daripada berlakon.
Baguslah, muda-muda sudah bermacam projek yang dijayakan.
Semoga Syamsul terus sukses dalam kerjayanya yang baru itu.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment