VATICAN CITY – Jorge Bergoglio dari Argentina dipilih sebagai Pope atau ketua pemimpin Katolik baru, sekali gus menjadi ketua paderi pertama dari benua Amerika dan di luar Eropah memimpin agama berkenaan dalam tempoh satu abad.
Beliau memilih gelaran Francais sempena memperingati perjuangan seorang paderi dari Itali yang memiliki sikap merendah diri dan hidup dalam kemiskinan pada abad ke-13. Kelihatan terkejut dengan berita itu, Francais melambai ke arah puluhan ribu pengikutnya yang berkumpul di Dataran St Peter bagi mendengar pengumuman berkenaan. – AP
No comments
Post a Comment