Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Banduan Paling Lama Mogok Lapar Di Penjara!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Banduan Paling Lama Mogok Lapar Di Penjara
New Jersey – William Lecuyer, menjadi banduan pertama di Amerika Syarikat yang melancarkan mogok lapar paling lama.
Dia tidak makan makanan pejal sejak bulan Mac tahun lepas dan hanya minum minuman berkhasiat sekali dalam seminggu.
William yang dipenjarakan selama 22 tahun kerana kesalahan merompak pada 2000 berbuat demikian kerana membantah ketidak adilan terhadap hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh pengawal penjara.
Keadaannya kini semakin membimbangkan dengan berat badan yang menurun secara mendadak namun Willam enggan mengalah dan tidak takut mati.
Mogok lapar itu bermula selepas dia dihadapkan dengan tuduhan disiplin di penjara New Jersey setelah anjing penjara mengesan sesuatu di dalam lokapnya.
Apabila pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui dadah, maka pengawal penjara meminta William menjalani ujian air kencing.
William bagaimanapun dikatakan enggan berbuat demikian.
Namun William mempunyai versi cerita yang berbeza dan memberitahu dia menunggu sehingga dua jam untuk pemeriksaan air kencing itu.
Selepas lama menunggu dia akhirnya membuang air kecil.
Akibatnya dia dihukum diasingkan kurungan selama empat bulan kerana enggan memberikan sampel air kencing.
William menuntut buku log penjara, bagi membuktikan dakwaannya benar namun ditolak oleh pengurusan penjara.
Pada Februari lalu, peguam William cuba bekerjasama dengan pihak penjara bagi menamatkan persengketaan berkenaan, namun gagal dan kini mereka akan membuat rayuan di mahkamah.
Mogok lapar di penjara Amerika Syarikat jarang berlaku.
Pada 2011, beribu-ribu banduan di penjara California mengambil bahagian dalam mogok lapar bagi membantah keadaan dalam penjara, namun selepas rakan-rakan mereka mula jatuh sakit, banduan itu bergilir-gilir menerima makanan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments