Kehadiran buaya besar ini membuat polis yang memeriksa sebuah rumah di California, Amerika Syarikat, pada Rabu minggu ini. Di rumah ini, polis menemui ganja kering siap paking seberat 15 kilogram.
Buaya bernama Mr Teeth itu dipelihara Assif Mayar, 32, pengedar dadah, untuk menjaga ganja di biliknya. Mulut buaya sepanjang 1.5 meter ini menganga, sedia membaham siapa saja yang berani mendekati barang haram tuannya.
Selain buaya, rumah yang disewa Mayar di Castro Valley juga dijaga oleh beberapa anjing pit bull. "Kami sudah biasa menghadapi anjing penjaga ganas seperti pit bull, namun buaya penjaga tidak pernah kami temui," kata seorang anggota polis, dipetik dari Daily Mail.
Akhirnya, polis meminta bantuan Jabatan Perikanan dan Berburu untuk menangkap buaya itu. Ketika ditangkap, Mr Teeth dalam keadaan tidak sihat dan dibawa ke taman binatang Oakland untuk menjalani rawatan.
Mayar mengaku membeli Mr Teeth pada 1996 untuk memperingati kematian rapper Tupac Shakur. Lelaki 32 tahun ini ditahan kerana pemilikan dadah.
No comments
Post a Comment