Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kanser Rahim seberat 23kilogram! Terberat di dunia! Biar betul!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Wooowww!!!

Saiz kanser yang pernah dibuang dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berjaya membuang kanser raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau persaman dengan berat kanak-kanak berusia 4 tahun.

Wanita 54 tahun yang berasal Lomas de Zamora, pinggir bandar Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam 1,5 tahun terakhir. Dari hari ke hari, perutnya yang makin membesar itu membuatnya sukar melakukan aktiviti seharian.

Setelah diperiksa oleh doktor, pembengkakkan itu disebabkan oleh tumor ganas yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya segera.

Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencecah 140 kg. Setelah dilakukan pembedahan, berat badannya turun secara drastik disebab saiz tumor yang telah dibuang ternyata sangat besar iaitu seberat 23 kg.


Oscar Lopez, doktor bedah yang menjalankan operasi pembedahan tersebut mengatakan berat tumor tersebut hampir sama dengan kanak-kanak kecil berusia 4 tahun. Diyakini, tumor yang dibuang dari rahim wanita itu merupakan yang terbesar di dunia ketika ini.Dalam pengertian awam, wanita ini seperti sedang mengandungkan anak kembar 5. Saya belum pernah menemui seperti ini dalam 34 tahun kerjaya saya sebagai doktor bedah, "ungkap Lopez, seperti dipetik dari Dailymail

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments