Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Kehadiran Kapal Tangki Di Jeti 16 Bukti Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

EKSKLUSIF: Kehadiran Kapal Tangki Di Jeti 16 Bukti Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara!
Jeti 16 di Felda Sahabat, Lahad Datu merupakan satu pengkalan kapal yang penting.
Ini kerana di sanalah kapal-kapal tangki minyak kelapa sawit akan berlabuh.
Namun faktor utama yang akan MENGHALANG kapal-kapal ini untuk berbuat demikian adalah sekiranya pihak pengurusan kapal merasakan keadaan di situ terlalu berisiko, baik pada anak kapal mahupun pada muatan yang dibawa.
EKSKLUSIF: Kehadiran Kapal Tangki Di Jeti 16 Bukti Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara!
Sesungguhnya kejadian pencerobohan pengganas militan Sulu ternyata telah memberi impak yang cukup besar kepada Felda kerana pendapatan daripada penjualan minyak kelapa sawit pasti terjejas sekiranya kapal enggan berlabuh di jeti tersebut.

Namun kehadiran kapal tangki minyak di jeti itu, seperti yang anda lihat dalam gambar yang diperoleh secara eksklusif oleh Mynewshub.my ini, membuktikan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera, telah berjaya dalam usaha menjaga keselamatan di kawasan berkenaan.
Adalah sangat-sangat mustahil untuk kapal tangki minyak ini berlabuh sekiranya mereka merasakan keadaan sangat berisiko untuk mereka berbuat demikian.
Tanyalah mana-mana pengusaha kapal pun, keselamatan cukup-cukup mereka titik-beratkan apatah lagi sekiranya mereka membawa muatan seperti minyak kelapa sawit ini.
Sekalung tahniah kepada pasukan keselamatan negara…mereka bukan saja berjaya membunuh petualang negara, tetapi juga telah mempertahankan nyawa rakyat yang tidak berdosa, termasuk menyelamatkan harta negara.
Masihkah kita hendak meragui mereka? Tepuk dada, tanya selera! – Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments