PETALING JAYA – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.
“Saya sudah katakannya (saya menafikannya).
“Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Kelab Anwar Ibrahim di Hotel One World pada Sabtu.
Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.
Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu.
“saya tidak tahu lagi. Saya akan biar peguam saya menguruskannya,” kata Anwar. –mStar Online
No comments
Post a Comment