KUALA LUMPUR – “Saya bukan pelacur. Saya hanya pakai baju ini di dalam kereta bukan di tempat awam,” kata seorang lelaki berpakaian wanita.
Itu adalah ayat yang dinyatakan seorang maknyah berusia 30an selepas dicekup anggota Jawi dalam operasi bersama DBKL, di Tasik Permaisuri, Cheras, malam tadi.
Dalam operasi yang bermula jam 12 awal pagi hingga 3.30 pagi itu, enam maknyah yang memakai pakaian seperti perempuan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan manakala dua lelaki berusia 20 tahun pula ditahan atas kesalahan mabuk.
Turut dicekup dua lelaki oleh Trafik Kuala Lumpur masing -masing atas kesalahan memalsukan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu dalam operasi berkenaan. –myMetro Online
No comments
Post a Comment