Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Lisa Surihani tidak berhasrat menjadi artis dibawag KRU!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani memberitahu tidak berhasrat untuk menjadi artis dibawah pengurusan KRU dan selesa menguruskan kerjaya lakonannya sendiri.
Lisa berkata, dia tidak mahu ada pihak yang mempertikaikan penyertaannya dalam syarikat itu dan keputusannya itu turut dipersetujui oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.
“Rasanya saya tidak akan bernaung dibawah pengurusan KRU kerana tidak mahu salah faham timbul memandangkan saya isteri kepada Yusry yang juga salah seorang pemilik syarikat tersebut.
“Suami saya juga bersependapat tentang hal ini dan saya kini selesa menguruskan kerjaya seni dengan bantuan ibu saya,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Lisa berkata, peluang menguruskan sendiri kerjaya lakonannya telah memberikan lebih banyak kebaikkan kerana dia dapat mempelajari selok belok tentang pengurusan kariernya.
Malah kata Lisa, dia semakin yakin apabila perlu berhadapan dengan syarikat produksi yang memanggilnya berlakon dan dapat berbincang sendiri berbanding menggunakan pihak ketiga.
“Sebelum ini memang saya tidak mempelajari apa-apa tentang pengurusan karier kerana semua dilakukan oleh pihak pengurusan dan kini saya berpeluang berbuat demikian. Ia satu proses pembelajaran baru buat saya,” jelasnya.
Sementara itu, Lisa berkata, walaupun telah mampu menguruskan kerjayanya sendiri dia akan memastikan sentias mendapatkan pendapat suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Suami seorang yang sangat memahami dan dia akan berikan pendapat dan bukannya keputusan. Kami sering berbincang terlebih dahulu bagi memastikan semua keputusan dibuat dengan baik,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Lisa berkata, dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri terbaharu arahan Nizam Zakaria berjudul Maskara disamping pelakon seperti Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.
Ia bakal bersiaran di TV1 pada setiap Khamis pukul 10 malam bermula April ini. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments