PENYANYI Beyonce Knowles mengakui menyesal kerana telah melakukan diet terlalu cepat selepas melahirkan anak pertamanya pada Januari tahun lalu.
Ibu kepada Blue Ivy Carter ini berpendapat semua wanita tidak seharusnya terlalu obses untuk kelihatan langsing sebaliknya penjagaan kesihatan patut diutamakan.
"Semua wanita tidak harus bertubuh langsing kerana paling penting bersyukur dan menjaga kesihatan," katanya kepada majalah Shape.
Beyonce telah melakukan senaman dan diet ketat selama empat bulan selepas melahirkan anak sulungnya kerana perlu tampil dalam sebuah konsert pada ketika itu.
"Saya tidak mempunyai pilihan ketika itu selain berdiet dan berjanji tidak akan melakukan perkara sama selepas ini," ujarnya.
Beyonce turut memberitahu, fizikalnya yang langsing adalah atas usaha dan kerja keras dan disifatkan penuh tekanan.
"Saya bukanlah seorang yang mempunyai bentuk fizikal yang sempurna dan perlu bekerja keras bagi memastikan ia sentiasa kelihatan cantik namun itu tidak bererti semua wanita perlu obses dengan tubuh mereka kerana yang penting menjaga kesihatan," jelasnya
No comments
Post a Comment