Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sengat Lebah Boleh Bendung Jangkitan Virus HIV!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Saintis mendakwa bahan kimia yang ditemui dalam sengat lebah boleh membantu membendung jangkitan virus HIV.
Kajian saintis Amerika Syarikat (AS) itu mendapati bahan toksin dalam sengat lebah boleh memusnahkan virus dan sel-sel di sekitarnya tidak dijangkiti.

Pakar pengajian Sekolah Perubatan Universiti Washington, Dr. Joshua L. Hood berkata, toksin itu yang dalam gel vagina boleh membantu membendung penyebaran HIV.

''Bahan kimia dalam sengat lebah yang dikenali sebagai melittin memusnahkan virus HIV dengan memecahkan pelindung luaran virus itu,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai boleh menggunakan gel itu sebagai pendekatan bagi menghentikan jangkitan awal.

''Kebanyakan ubat yang ada bertindak mengurangkan penyebaran virus HIV, namun sengat lebah menyerang dan membunuhnya.

''Kita menyerang fizikal virus ini. Secara teorinya, HIV tiada cara untuk menghalang serangan ini,'' katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments