Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita Suka Guna Bonus Akhir Tahun Untuk Melancong
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Wanita republik singapura lebih gemar menggunakan wang bonus akhir tahun untuk pergi bercuti sementara golongan lelaki cenderung melaburkannya. 

Tinjauan terhadap golongan kaya Singapura yang dilakukan United Overseas Bank (UOB), mendedahkan perkara itu kelmarin.

Tinjauan itu mendapati 40 peratus responden wanita memperuntukkan wang bonus akhir tahun untuk bercuti ke luar negara sedangkan hanya 30 peratus responden lelaki menggunakannya untuk bercuti.

Kira-kira 32 peratus lelaki yang ditinjau gemar menggunakan wang lebihan itu untuk melabur, namun hanya 19 peratus wanita melakukan perkara sama.

Tinjauan itu dilakukan ke atas pelanggan UOB yang mempunyai kecairan kekayaan antara S$100,000 (RM 249,152) dan S$350,000 (RM872,086.31).

Secara keseluruhan, 57 peratus daripada 516 responden meningkat kaya mengatakan akan menabung sekurang-kurangnya separuh daripada bonus tahun lalu.

Angka itu menurun berbanding dua tahun lalu, ketika dua pertiga responden mengatakan menabung sekurang-kurangnya separuh daripada bonus 2011.

Tinjauan yang dilakukan November tahun lalu menunjukkan bahawa mereka yang mahu mengasingkan separuh bonus akhir tahun untuk menyeimbangkan kehidupan mereka.[b.harian]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments