Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi turut tidak ketinggalan untuk menggunakan medium sosial bagi mempromosikan single terbarunya.
“Saya memilih untuk menggunakan YouTube kerana medium ini lebih mendapat tempat di hati golongan remaja.
“Single Salahkah Aku turut dihantar ke stesen-stesen radio untuk diputarkan bagi halwa telinga pendengar namun saya memahami proses untuk setiap lagu yang akan dimainkan itu mengambil masa yang agak lama,” kata Dafi yang dipetik dari Gua.com, di sini, hari ini.
Muzik video yang mendapat sentuhan kreatif pengarah muda, Hadith Omar itu mendapat sambutan memberangsangkan oleh para peminat kerana walaupun baru dimuatnaik dalam masa 24 jam namun telah ditonton oleh 8,000 orang.
“Ini merupakan salah satu strategi saya untuk memastikan album ini menarik perhatian dan menimbulkan tanda tanya dikalangan para peminat.
“Alhamdulillah, dalam masa dua hari klip video tersebut telah ditonton hampir 10,000 orang,” katanya.
No comments
Post a Comment