Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Nigeria Bayar $1 Juta Untuk Beyonce & Jay-Z!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nigeria – Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak $1 juta daripada tabung bantuan penduduk miskin semata-mata untuk membawa masuk penyanyi pop Beyonce dan Jay-Z pada 2006.

Ia bagi persembahan pada festival muzik di negara miskin itu.
Perkara itu didedahkan menerusi sekeping surat yang ditandatangani oleh pihak berkuasa di negeri Bayelsa.
Surat itu menyebut bahawa Jonathan, yang pernah menjadi gabenor di Bayelsa, telah membelanjakan wang tersebut untuk ThisDay Music Festival di Lagos.
Persembahan pada 2006 itu turut disertai Missy Elliott, Busta Rhymes, Snoop Dogg dan Ciara.
Kesahihan surat itu tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui sama ada kerajaan membayar penyanyi tersebut secara terus atau melalui pihak ketiga.
Tidak diketahui sama ada Beyonce mahupun Jay Z menyedari penampilan mereka itu dibayar dengan wang subsidi daripada tabung bantuan penduduk miskin Nigeria.
Perkara itu terbongkar selepas bintang realiti TV, Kim Kardashian dilaporkan dibayar sebanyak $500,000 semata-mata untuk membuat penampilan di Lagos, minggu lepas.
Kim bagaimanapun hanya berada di majlis berkenaan selama 45 minit dan bercakap melalui pembesar suara selama 45 saat sahaja iaitu ` Hey Naija’.
Biarpun Nigeria merupakan pengeluar minyak terbesar antara negara Afrika, namun 47 peratus daripada penduduk di Bayelsa hidup dalam kemiskinan.
Malah di ibu negerinya, Yenagoa, purata dua daripada lima penduduknya tidak mendapat bekalan air bersih.

“Saya hanya jawab, saya tidak terlibat dalam memberikan nama kepada diri sendiri,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments