Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Ditipu beli kereta terpakai menerusi laman web!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUANTAN — Seorang peniaga kerugian RM500 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kereta terpakai menerusi laman web, Jumaat lalu.

Mangsa, 30, yang menetap di sebuah taman perumahan di Raub dikatakan melayari laman web berkenaan bagi membeli sebuah kereta terpakai jenis Perodua Kelisa yang ditawarkan dengan harga RM10,500.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, tertarik dengan tawaran itu, mangsa menghubungi pemilik kenderaan di Kuala Lumpur sebelum diminta membayar wang pendahuluan RM500 menerusi mesin deposit sebuah bank di Raub.
"Selepas membayar wang pendahuluan, mangsa kemudian menaiki bas ekspres untuk ke Kuala Lumpur selepas suspek memberitahu akan menunggu di Stesen Perhentian Bas Pekeliling di Jalan Pahang,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di Kuala Lumpur, mangsa kemudian menghubungi suspek terbabit namun sehingga semalam, suspek berkenaan masih gagal dihubungi sebelum mangsa menyedari ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Raub.
Wan Samsuddin berkata, polis kini mengesan lelaki yang mendakwa pemilik kenderaan yang hendak dijual itu.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. — BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments