Shah Alam: Sebuah kapal tinggal atau dipanggil kapal hantu di kalangan anak kapal di perairan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, didapati tenggelam, pagi kelmarin.
Kapal didaftarkan dengan nama Fajar Samudera dikesan tenggelam oleh peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dalam perjalanan pulang selepas habis meronda pada jam 7.30 pagi.
Menurut sumber, peronda terserempak dengan kapal yang sudah terbalik dan karam itu sebelum melaporkan kejadian kepada Jabatan Laut untuk tindakan selanjutnya.
“Dua kapal Jabatan Laut kemudian ke lokasi untuk membuat penandaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Tiada mangsa atau kehilangan nyawa akibat kejadian kerana kapal berkenaan adalah antara kapal tinggal yang digelar ‘ghost ship’ yang memang ada di perairan itu,” katanya.
No comments
Post a Comment