Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

SEBUAH lori yang membawa kaki ayam terbalik lalu ‘memuntahkan’ muatannya sebaik sahaja merempuh sebuah treler di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Kemalangan pukul 6.30 pagi itu membuatkan ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya hingga menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin.




Keadaan ini turut mengakibatkan beberapa kenderaan lain terbabas dan hilang kawalan.
Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda berkata,  kejadian berlaku selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang treler membawa muatan simen.
Tambahnya, pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori cuba mengelak dari merempuh lori itu namun terbabas ke tepi lebuh raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang.
“Ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar.
“Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Difahamkan, satu kemalangan turut berlaku di arah bertentangan di lokasi sama disebabkan sebuah treler menekan brek secara mengejut.
Akibatnya, tiga buah kereta gagal mengelak lalu merempuh belakang treler. Semua mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Gambar ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya ini turut menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC


SEORANG atlet wanita terkejut apabila menemui bangkai seekor katak yang hampir reput dalam salad Nando’s selepas dia telah memakan hampir sebahagian daripadanya.

Louise Rudd, dari Manchester telah memesan Chicken Quinoa Salad  di restoran Nando’s di Timur Didsbury bersama anak dan suami apabila dia menjumpai katak itu di dalam makanannya.

Menurut Manchester Evening News, atlet itu berkata, ”Sangat menjijikkan. Apabila terlihat katak itu, saya sudah hampir menghabiskan salad yang diberikan. Ianya dahsyat, katak itu masih lengkap biarpun hampir reput. Saya berlari ke bilik air kerana mula berasa mual. “

Sehubungan itu Louise memohon objek dalam saladnya itu dibawa ke makmal untuk pemeriksaan yang seterusnya mengesahkan, ianya adalah sejenis katak Eropah. 

BEIJING – Sejak pencemaran udara di Beijing mencecah tahap amaran merah pada minggu lalu, jualan botol yang mengandungi udara segar dari kawasan pergunungan di Kanada semakin popular di China.

Dua usahawan dari Alberta, Kanada menjual botol udara segar yang dikenali sebagai Vitality Air lebih setahun lalu, tetapi dalam dua minggu terakhir ini jualan mereka di China meningkat mendadak.
Amaran merah diisytiharkan pihak berkuasa Beijing 7 Disember lalu, selama tiga hari apabila pencemaran udara mencecah tahap bahaya.
Pencemaran udara di Beijing berpunca daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan.
Vitality Air diasaskan dua rakan baik Moses Lam dan Troy Paquette pada 2014.
Syarikat itu mengambil udara segar dari kawasan pergunungan di Alberta sebelum dibotolkan dan dieksport ke luar negara.
Wakil Vitality Air di China, Harrison Wang berkata, mereka baru memasarkan produk berkenaan di China lebih sebulan yang lalu, tetapi sambutan diterima sangat luar biasa.
“Kami memasarkan produk ini di Internet dan ia habis dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.
Menurutnya, Vitality Air dijual pada harga mencecah 400 yuan (RM266) sebotol bergantung pada saiz botol. – Agensi


PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai pelacur secara sukarela dan bukan menjadi mangsa sindiket pelacuran sebagaimana didakwanya.


Reza Indragiri Amriel yang juga penganalisis jenayah berkata, ketika ditahan dalam satu serbuan di hotel 5 bintang di Jakarta Pusat baru-baru ini, Nikita tidak memenuhi kriteria seorang mangsa eksploitasi sebagaimana disebut dalam undang-undang negara itu berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia.
Antara ciri-ciri tersebut ialah mengalami penderitaan psikologi, mental, fizikal, seksual, ekonomi atau sosial akibat menjadi mangsa pihak lain yang melakukan jenayah.

“Adakah Nikita memenuhi kriteria orang yang dieksploitasi? Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya ramai orang yang tidak kisah melacur demi wang,” ujar Reza.
Nikita yang sinonim dengan imej seksi dan bertatoo, dicekup polis jam 9 malam Jumaat lalu di salah sebuah bilik di Hotel Indonesia Kempinski ketika dipercayai sedang menanti pelanggannya tiba.
Turut ditahan dalam serbuan itu adalah dua suspek termasuk pengurus Nikita yang dipercayai dalang yang mengatur urusniaga kotor tersebut.
Nikita bagaimanapun berkeras menyatakan dia tidak berada dalam bilik hotel itu untuk melacur ketika diserbu sebaliknya sedang mencuba pakaian yang baharu dibeli sementara menanti seorang wanita bernama Cici yang mahu menawarkannya kerja sebagai emcee majlis.
Universiti perubatan Xi’an, di wilayah Shaanxi telah dikecam ramai kerana membiarkan anjing yang digunakan untuk uji kaji dibiarkan mereput dan mati di atas bumbung.


Keadaan itu disedari selepas video mengenainya dimuatnaik selama 18 saat yang memaparkan anjing terbabit masih bernafas.
Badan anjing berkenaan terdapat luka manakala mulut binatang itu ditutup dengan kain kasa.
19 daripada anjing-ajing itu telah digunakan untuk uji kaji.
Menurut aktivis perlindungan haiwan, Jiang Hong, anjing di dalam video itu bagaimanapun telah dipindahkan dari bangunan ketika pihaknya tiba di bumbung terbabit.
Peralatan uji kaji itu termasuk tongkat yang dipenuhi darah turut ditemui di atas bumbung tersebut.
Lesen universiti terbabit untuk menjalankan uji kaji ke atas binatang juga telah tamat tempoh. Lesen itu bagaimanapun tidak melibatkan kajian ke atas anjing.

Seorang remaja anorexia hampir maut selepas tidak makan dan minum selama seminggu dalam usaha menjadi kurus semata-mata kerana mahu menjadi popular di sekolah.

Ellen Lietzow, 17, enggan minum walau setitik air pun apabila beratnya menjunam hingga bawah 31 kilogram.
Selepas seminggu berpuasa tanpa menyentuh makanan dan minuman, dia mengalami sawan, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Keadaannya amat teruk hinggakan doktor dan jururawat terkejut kerana Elle masih hidup.
Menurut Elle, dia mahu menjadi kurus kerana ia akan menyebabkan dia menjadi popular di kalangan rakan sebayanya.
“Saya mahu jadi kurus kerana mahu diterima oleh orang lain. Saya mendapat ramai kawan ketika saya kurus dan dalam kelas renang, semua orang akan memuji saya.
“Saya berpendapat jika saya sudah tidak berenang lagi, mereka akan terus menjadi kawan saya dan jika berat saya meningkat, saya akan kehilangan kawan,” katanya.
Elle, kini berusia 19 tahun yang berasal dari Melbourne, Australia, sebelum ini telah dibuli dengan rakan-rakannya dan digelar gemuk.
Keadaan itulah yang menyebabkan dia tekad menjadi kurus dan salah satu cara ialah dengan menjadi anorexia.

SEMPENA sambutan Krismas tahun ini, bekas isteri Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr ‘menghadiahkan’ peminat dengan gambar seksinya yang hanya menggenakan kasut tumit tinggi dalam edisi terbaharu majalahHarper Bazaar Australia.

Walaupun imej seksi tidak asing lagi bagi dirinya, namun penggambaran kali ini merupakan antara yang paling daring buat model yang berasal dari Australia ini.
Dengan posing manja tanpa mengenakan seurat benang pun di tubuhnya, Miranda hanya menggayakan kasut tumit tinggi mewah rekaan Christian Louboutin di sebuah balkoni hotel di Los Angeles.
Foto-foto menggoda itu dibidik jurugambar profesional Steven Chee sementara wajah cantik Miranda dioles sempurna Lisa Storey.

Forum terhebat, terbaru dan terhangat untuk komuniti Sabah kini online! 


Bincangkan pelbagai isu, semasa, pelbagai, cinta, peranormal, politik dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjual pelbagai barangan kereta, rumah, mencari rumah sewa, dan sebagainya.

Baru sahaja dilancarkan, forum ini adalah sebahagian daripada www.Sabahstate.com, dicipta khusus untuk orang-orang Sabah bertukar pendapat dan informasi.

Forum ini menggunakan sistem ranking yang boleh didapati melalui jumlah post ataupun lantikan daripada pengursan forum. Sabah forum juga menawarkan ranking 'Verified User' seperti laman Facebook, Twitter dan Instagram untuk mereka yang layak.

Mereka kita sedang mencari moderator untuk memuat naik informasi, melihat secara menyeluruh forum. - Untuk menjadi moderator sila hubungi mereka di forum@sabahstate.com

Setiap ranking akan mempengaruhi tahap kepercayaan anda di dalam menyampaikan maklumat ataupun pendapat selain tahap kredivility anda untuk menjual barang. - Baca tentang Sabah Forum Ranking di sini : Ranking Sabah Forum

Tunggu apa lagi? jadilah antara yang terawal mendaftar, muat naik pelbagai isu dan dapatkan ranking-ranking yang istemewa. Daftar sekarang di sabahstate.com/forum.


Zahirah MacWilson yang mengakui dirinya selesa bersama pelakon lelaki, Zul Ariffin sekali lagi berdepan dengan komen negatif dari netizen dan kali ini dia digelar sebagai perampas dan sial.


“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.
Zahirah mengatakan bahawa apa saahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akan ditukarkan menjadi negetif oleh segelintir pembenci dan adalah lebih baik jika beliau mendiamkan diri.
Beliau juga mengakui pada awalnya berasa sedih apabila membaca komen-komen dari pembenci yang sering menghina dirinya.
“Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon,” jelasnya.
Zahira memberitahu bahawa dia juga adalah manusia yang mempunyai kawan dan juga mempunyi naluri untuk jatuh cinta. Dia juga menyifatkan Zul memiliki sifat kekeluargaan dan berasa sangat serasi bersama Zul.


JUSTIN Bieber dikhabarkan merasa kecewa melihat keakraban bekas teman wanitanya, Selena Gomez yang kini dikaitkan bercinta dengan ahli kumpulan One Direction, Niall Horan.
Selena digosipkan menyulam cinta dengan Niall selepas mereka dilihat bermesraan ketika menghadiri sebuah parti, baru-baru ini.



Kecewa dengan perkhabaran buruk itu, Justin kemudian memuat naik sekeping gambar Selena dengan kapsyen ‘crazy throwback‘.
SETELAH dua bulan peminat ternanti-nantikan wajah permata hati pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim, akhirnya pasangan ini sepakat mendedahkan Yahaira Leanne kepada peminat di luar sana.


DAVID Beckham merupakan legenda bola sepak dunia yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidangnya itu.


Namun, jangan tidak tahu, walaupun bergelar bintang bola sepak sensasi dunia, ironinya, Beckham menyatakan dia lebih menyukai menonton perlawanan ragbi daripada game bola sepak.
Menurut suami kepada artis Victoria ‘Spice Girl‘ ini, dia tidak menyukai tingkah laku peminat bola sepak yang sering kali mencetuskan keganasan berbanding peminat sukan ragbi.
Sejarah bola sepak dunia lebih-lebih di United Kingdom sendiri telah membuktikan wujud budaya Hooligans dalam kalangan peminat tempatan sejak dahulu lagi.
Hooligans merupakan tingkah laku keganasan yang sering kali ditunjukkan peminat sukan sehingga ia menjadi suatu budaya liar yang tidak dapat dielakkan di sesetengah negara.
“Saya sangat menyukai ragbi. Saya suka menonton perlawanan ragbi dan semua perkara mengenai sukan itu. Ini kerana peminatnya sentiasa sokong satu sama lain tanpa melibatkan perkara tidak elok,” katanya dipetik akhbar Telegraph.
Beckham, 40, yang dianugerahkan Sexiest Man Alive 2015 oleh majalah People pernah berkhidmat dengan kelab Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy sebelum bersara pada Mei 2013.

HARRY Styles, satu nama yang tidak asing dalam kalangan remaja di luar sana terutamanya remaja perempuan seluruh dunia.Selain berbakat dalam bidang nyanyian, dia yang popular menerusi band One Direction juga sudah boleh digelar sebagai salah seorang ikon fesyen masa kini.

Apa tidaknya, Harry yang sememangnya menjadi kegilaan ramai kini dilihat sering muncul ke acara-acara muzik dengan mengenakan pelbagai fesyen yang menarik serta berwarna-warni.
Ia lari daripada kebiasaan selebriti lelaki lain yang lebih gemar mengenakan sut selamat ketika menghadiri sebarang majlis hiburan.

Beliau menyatakan, fesyen pada masa kini tidak terikat kepada gender sahaja, sebaliknya semua orang bebas memakai apa sahaja, baik yang berbunga-bungaan, berwarna-warni dan sememangnya fesyen baginya adalah universal.
Harry baru-baru ini muncul di American Music Awards mengenakan sut floral rekaan Gucci lengkap dengan seluar yang menggunakan motif yang sama.

Mungkin selepas ini gaya dan inspirasi fesyen anak muda berusia 21 tahun ini akan dijadikan inspirasi buat ramai lelaki muda di luar untuk tampil lebih berani dan bersahaja dengan mengenakan apa sahaja fesyen yang bersesuaian. 

PENTAS Gegarvaganza sudah terbukti boleh menaikkan kembali nama penyanyi yang sudah lama tidak bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian.

Antara nama yang kembali mengamit perhatian peminat dalamGegarvaganza 2 (GV2) ialah Siti Nordiana, Faradhiya dan Haiza.
Persembahan bertenaga dalam program itu ternyata berjaya membuka mata ramai orang di luar sana yang sebelum ini tidak berapa perasan kehebatan vokal yang dimiliki mereka.
Bukan sahaja berjaya menarik kembali perhatian peminat, rupa-rupanya ada seorang artis lelaki yang sudah berkahwin juga dikatakan cuba ‘mengorat’ Haiza apabila namanya kini semakin meningkat naik.
Buat anda yang kurang mengenali sisi peribadi figura genit ini, Haiza sebenarnya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Memetik kenyataannya dalam Mangga Online baru-baru ini, Haiza berkata, “Peminat yang mungkin tidak kenal saya sebelum ini menghantar pesanan dan mereka sangkakan saya belum berkahwin. Malah ada yang kata saya seorang janda kerana mereka tidak tahu siapa suami saya.
“Ada juga seorang artis lelaki yang sudah lama tidak berhubung dengan saya, tiba-tiba menghantar mesej. Katanya peminat saya. Dia seorang artis lelaki yang sudah pun berkahwin.
“Selain itu, ada juga rakan-rakan yang selama ini memandang rendah sudah mula melihat kemampuan sebenar saya,” katanya.
Walaupun karier seninya kini berada di puncak, namun Haiza tidak akan sesekali mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan suaminya, Norhanapfe Omar.
Semoga Haiza terus sukses dalam kerjaya seninya dan kembali mengegarkan industri seni suara selepas berakhirnya GV2 nanti. 

Mynewshub.cc

KAMI akui, perkara seperti tertinggal dompet di rumah sewaktu hendak ke pejabat sering juga berlaku.
Ini menyebabkan aktiviti makan tengahari bersama rakan sekerja sedikit terbantut dan secara tidak langsungnya terpaksalah meminjam duit atau meminta mereka belanja dengan alasan“dompet tertinggal bro!”.
Kini dengan kecanggihan dan perkembangan teknologi, perkara seperti tertinggal dompet mungkin dapat dielakkan.

Walli merupakan sebuah dompet pintar yang mampu berhubung dengan telefon pintar anda, seterusnya menghantar notifikasi jika anda tertinggal dompet di rumah, pejabat dan sebagainya.
Memandangkan pada era kini, kita mungkin secara tidak sengaja tertinggal dompet dan kad pengenalan tetapi tidak mungkin tertinggal telefon pintar, maka penawaran dompet ini mungkin digemari sesetengah pengguna.

Dompet pintar ini juga hadir dengan beberapa ruangan kad, membolehkan anda mengetahui jika tertinggal sesuatu kad dan sebagainya. Sebagai contoh, mungkin anda mendaftar masuk ke sesuatu bangunan menggunakan lesen memandu dan terlupa mengambilnya kembali ketika keluar.
Walli akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar jadi anda boleh pergi mengambilnya sebelum meneruskan perjalanan.
Walli turut hadir dengan perlindungan RFID untuk mengelak kandungan dompet anda diimbas penggodam, selain menggunakan bateri yang mampu bertahan sehingga 6 bulan dan boleh digantikan dengan mudah.
Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana di laman Indiegogo dan anda yang berminat boleh membuat sumbangan dan membelinya melalui halaman projek berkenaan. 

PARIT – Seorang anggota komando dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki sehelai baju-T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Pertuduhan terhadap Mohd. Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mohd. Abu Haliff yang masih berkhidmat di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130JB kanun yang sama.
Mengikut seksyen itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di No. 185/TS/10/1A, Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, Perak pada pukul 1.30 petang 12 November lalu.

-Kosmo Online


Kota Kinabalu: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), menjangkakan bilangan penumpang di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), bertambah mendadak berikutan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mula beroperasi di situ selepas Terminal Dua ditutup, semalam.
Ketua Pegawai Operasi MAHB Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata, operasi hari pertama berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan syarikat penerbangan masing-masing.
“Secara amnya, saya berpuas hati dengan reaksi penumpang yang menyuarakan perasaan selesa dan berpuas hati dengan kemudahan disediakan di KKIA.
“Kebanyakan penumpang memberitahu mereka mempunyai ‘tempat rehat’ yang baik sementara menunggu waktu penerbangan berbanding di Terminal Dua,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abd Hamid berkata, kapasiti penumpang menggunakan Terminal Satu dijangka bertambah kepada 6.8 juta orang setahun, berbanding hanya 3.2 juta sebelum ini.

Hmetro Online

Beijing: Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.
Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’

Pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor People’s Daily Online.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.
Saksi berkata, pemandu terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehingga petugas datang menarik kenderaan itu.

Hmetro Online


Taman tema Salina Turda yang terletak di Transylvania, Romania, di mana taman tema ini dibina di bawah tanah pada kedalaman 120 meter yang berjaya menarik pelancong seramai 2 juta orang setahun.

Salina Turda pada asalnya adalah antara lombong garam purba yang menakjubkan berada di Romania yang terkenal dengan lagenda Dracula di mana lombong yang diberi sentuhan menjadi taman tema dan muzium.





Selalu jika kita lihat dalam filem-filem Hollywood tempat seperti ini selalu dijadikan sebagai sarang penjahat atau pengganas, tetapi idea berkenaan ditukar kepada taman tema yang berjaya menarik perhatian ramai di samping menjana pendapatan negara Romania.


Lombong yang luas ini telah dibuka semula pada tahun 1992 sebagai daya tarikan pelancong di mana terdapat bahagian-bahagian bawah tanah seperti muzium, padang golf mini, boling dan biliard atau bilik santai futuristik dan bernafas dalam aroma kemasinan garam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.





Bahagian dalamannya pula kekal stabil dengan suhu 11 hingga 12 darjah Celsius dan 80 peratus kelembapan, membuatkan ia tiada sebarang alergen dan hampir tidak mengandungi sebarang bakteria, menghasilkan iklim mikro unik sebagai destinasi untuk mereka yang mengalami penyakit alahan pernafasan.

Muzium garam itu ada tiga bahagian lombong iaitu Terezia Mine yang wujud dalam bentuk kon luas dengan kedalaman sehingga 120 meter, diikuti Anton Mine pada 108 meter dan Rudolf Mine yang panjangnya 42 meter, disokong dengan pelbagai bilik dan dewan kecil yang digunakan ketika beroperasi.
Satu kawasan lagi telah dibagunkan sebagai taman teman di mana terdapat pulau terletak di tengah-tengah kolam atau lombong.












Menariknya, pembinaan ini adalah dilakukan dengan terancang di mana ia tidak merosakkan sturuktur sejarah yang terdapat pada lombong yang telah dibuka pada tahun 1690 ini.


Kredit - Siakapkeli.my

Sekitar Jumaat lalu seorang lelaki memuat naik beberapa keping foto kemalangan jalan raya yang melibatkan adiknya. Mangsa dibawa ke sebuah hospital namun doktor memaklumkan tiada kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas 1 malam.



Sangsi dengan penerangan daripada doktor tersebut, keluarga membawa mangsa ke hospital lain dan keputusannya sungguh mengejutkan.


Rasa tak sedap hati....
Setelah dimaklumkan adiknya dibenarkan pulang tak sampai 24 jam selepas kemalangan, keluarga mengambil keputusan untuk menghantar ke KPJ.



Hasilnya terdapat beberapa kecederaan lain. Dimaklumkan ketika dibenarkan pulang, pesakit tidak mampu berjalan lagi.

Hantar Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai Warded 1 Malam..Doctor Kata Dah Boleh Discharged..Dah X-ray Apa Semua Tak Ada Apa2 Cuma Luka2 Berjahit Dan Mata Bengkak Serta Condition Patient Dalam Keadaan Stabil.. Family Rasa Tak Sedap Hati..Terus Hantar KPJ..After Scaned 1 Badan..
Rupanya banyak lagi kecederaan

Doctor cakap Dahi Cracks,Tulang Pipi Cracks,Ada Pendarahan Belakang Mata,Tulang Selangka Bahu Patah..Jahitan Di Kepala Kena Buat Semula..Sekarang Tunggu Doctor Pakar Plastic surgery Untuk Operation Membetulkan Tulang Muka..

Syabas Diucapkan Kepada Doctor Di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai Yang Bertugas Pada Hari Sabtu 28.11.2015 Kerana Telah Mengabaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Seorang Doctor..

Bukan mahu mencari salah namun diharap perkongsian lelaki ini dijadikan pengajaran dan peringatan buat pembaca yang lain.

Dikhabarkan kes ini sedang di siasat oleh pihak pengurusan hospital berkenaan.

Sumber : Firdaus Parmin

PELAKON dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer antara selebriti gempal yang sanggup bergambar separuh bogel untuk kalendar Pirelli keluaran 2016.

Amy, pelakon bersaiz gemuk tampil yakin mendedahkan perutnya yang berlapis untuk menunjukkan self empowerment kepada peminatnya yang berasa kekurangan dengan tubuh badan mereka.
Selain Amy, antara selebriti lain yang terlibat ialah bintang tenis terkemuka dunia Serena Williams dan isteri mendiang John Lennon, Yoko Ono.

Kesemua gambar selebriti itu dibidik jurufoto profesional, Annie Liebovitz yang turut bertanggungjawab mengambil gambar bagi kesemua 43 edisi kalendar Pirelli yang dihasilkan khas bagi meraikan wanita yang berjaya dalam karier masing-masing.