Universiti perubatan Xi’an, di wilayah Shaanxi telah dikecam ramai kerana membiarkan anjing yang digunakan untuk uji kaji dibiarkan mereput dan mati di atas bumbung.
Keadaan itu disedari selepas video mengenainya dimuatnaik selama 18 saat yang memaparkan anjing terbabit masih bernafas.
Badan anjing berkenaan terdapat luka manakala mulut binatang itu ditutup dengan kain kasa.
19 daripada anjing-ajing itu telah digunakan untuk uji kaji.
Menurut aktivis perlindungan haiwan, Jiang Hong, anjing di dalam video itu bagaimanapun telah dipindahkan dari bangunan ketika pihaknya tiba di bumbung terbabit.
Peralatan uji kaji itu termasuk tongkat yang dipenuhi darah turut ditemui di atas bumbung tersebut.
Lesen universiti terbabit untuk menjalankan uji kaji ke atas binatang juga telah tamat tempoh. Lesen itu bagaimanapun tidak melibatkan kajian ke atas anjing.
No comments
Post a Comment