Seorang remaja anorexia hampir maut selepas tidak makan dan minum selama seminggu dalam usaha menjadi kurus semata-mata kerana mahu menjadi popular di sekolah.
Ellen Lietzow, 17, enggan minum walau setitik air pun apabila beratnya menjunam hingga bawah 31 kilogram.
Selepas seminggu berpuasa tanpa menyentuh makanan dan minuman, dia mengalami sawan, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Keadaannya amat teruk hinggakan doktor dan jururawat terkejut kerana Elle masih hidup.
Menurut Elle, dia mahu menjadi kurus kerana ia akan menyebabkan dia menjadi popular di kalangan rakan sebayanya.
“Saya mahu jadi kurus kerana mahu diterima oleh orang lain. Saya mendapat ramai kawan ketika saya kurus dan dalam kelas renang, semua orang akan memuji saya.
“Saya berpendapat jika saya sudah tidak berenang lagi, mereka akan terus menjadi kawan saya dan jika berat saya meningkat, saya akan kehilangan kawan,” katanya.
Elle, kini berusia 19 tahun yang berasal dari Melbourne, Australia, sebelum ini telah dibuli dengan rakan-rakannya dan digelar gemuk.
Keadaan itulah yang menyebabkan dia tekad menjadi kurus dan salah satu cara ialah dengan menjadi anorexia.
No comments
Post a Comment