Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Warga Nepal Parah Dahi Ditembusi Serpihan Kayu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GEMAS – Seorang warga Nepal yang bekerja di kilang papan parah apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang 1.5 meter di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.51 pagi itu, serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting daripada mesin pemotong kayu dan terkena kepala mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang bekerja tidak jauh dari situ.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I, Kamaruddin Salleh, berkata kayu itu menembusi bahagian tengah dahi mangsa dan keluar di bahagian kanan kepalanya.
“Bomba mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu itu menggunakan mesin pemotong khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan, selain mengelak kecederaan lebih serius,” katanya.
Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu pasukannya ketika operasi memotong kayu itu, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut. – BH Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments