Sandakan: Hajat seorang pemandu teksi pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga musnah apabila kenderaannya bertembung pacuan empat roda menyebabkan dia bersama tiga penumpang maut di Batu 21 Jalan Labuk Batu dekat sini, kelmarin.
Dalam insiden membabitkan tiga kenderaan pada jam 5 petang itu, pemandu teksi Salah Ibno, 64, bersama dua penumpang Kee Kwok Edein, 63, dan Jaafar Kasim, 40, mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk masing-masing. Seorang lagi penumpang, Pedro Pajimola, 36, yang parah berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia pada jam 8.30 malam hari sama, selepas empat jam mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDK) Sandakan.
Tiga mangsa yang cedera ialah pemandu pacuan empat roda, Vijal Jusmun, 24, dan dua penumpang wanita Grace Zito, 32, dan Maryana Mansul, 25, yang menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Pemandu sebuah lagi kereta dipercayai Perodua Kancil pula tidak cedera.
No comments
Post a Comment