Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pesawat Bawa Penerjun Terhempas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



WARSAW - Seramai 11 orang terbunuh dan seorang parah selepas pesawat sebuah kelab payung terjun terhempas di selatan Poland.
Media tempatan melaporkan, pesawat malang itu dipercayai membawa terlalu ramai penumpang.
"Seramai 12 orang menaiki pesawat tersebut manakala satu-satunya mangsa yang terselamat dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal," kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, Justyna Sochacka.
Menurutnya, pesawat enjin berkembar jenis Piper Navajo itu berlepas dari sebuah lapangan terbang kecil di Rudniki, dekat Czestochowa bersama 11 penerjun udara dan seorang juruterbang.
Punca nahas pula masih belum dapat dipastikan tetapi media Poland melaporkan enjin kapal terbang itu mungkin terhenti kerana bebanan terlalu ramai penumpang.
"Cuaca panas juga dipercayai menyumbang kepada kegagalan enjin pesawat," kata satu sumber kepada agensi berita tempatan, PAP.
Beberapa saksi berkata, enjin pesawat mengeluarkan bunyi deruman pelik sebelum ia menjunam dari udara.
"Kapal terbang itu kemudian terbang amat rendah sehingga mencecah bumbung-bumbung rumah di sebuah kampung sebelum ia senget sebelah manakala sayapnya terbakar," kata seorang saksi, Barbara Minczykiewicz.
Menurutnya, penduduk kampung menemui seorang mangsa yang masih hidup dan dua mayat di luar pesawat berkenaan yang terhempas dan terbakar. - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments