Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Cartoon Network buka taman tema air pertama di Thailand
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


TAMAN Tema Air Cartoon Network yang pertama akan dibuka untuk julung kalinya pada bulan ini di Thailand.
Orang ramai dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya.
Selepas beberapa tahun pembinaannya, perlancaran taman tema ini akan dibuka mula 31 Julai ini.
Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi  ala pantai dan Cartoonival.
Taman tema itu juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Aktiviti malam pula disediakan persembahan dari penari professional dan para akrobat berserta dengan persembahan lampu projektor.
Di Malaysia Taman Tema Twentieth Century Fox sedang dalam rangka pembinaan yang menyediakan beberapa tema dari filem terkenal seperti Ice Age dan Night at the Museum.
Ia dijangka akan siap pada tahun 2016.-awani

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments