Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penumpang `hantu' Bukan Orang Asia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini mengesahkan bahawa kedua-dua penumpang lelaki yang menaiki #dimanaMH370 menggunakan pasport curi, tidak memiliki wajah Asia.
"Kami berulang kali melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya pada sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa 
Malaysia untuk hari ini.

Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai rupa Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar keselamatan. 
Beliau menegaskan selepas meneliti video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan dipatuhi. 
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau. 
Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam 
kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat. 

Beliau berkata, operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan `dari blok ke blok'. 

"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau. 

Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.
HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments