Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itulah ungkapan sesuai menggambarkan usaha dilakukan Taylor Swift sejak zaman kanak-kanaknya demi mencapai impian menjadi penyanyi terkenal.
Penyanyi berusia 25 tahun dan berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu mula mencipta nama selepas menghasilkan single pertama berjudul Tim McGraw pada 2006.
Kerjaya Swift bermula selepas keluarganya berpindah ke Nashville, pusat industri muzik, kesihatan, penerbitan dan perbankan di negara itu.
Berkongsi mengenai perjalanan kerjayanya, pemilik lagu Love Story itu berkata dia obses menonton program biografi penyanyi Faith Hill dan Shania Twain.
“Saya menyimpan hasrat untuk berpindah ke Nashville ketika berusia 10 tahun. Ini selepas saya mendapati Faith Hill dan Shania Twain pindah ke bandar itu untuk memulakan karier mereka,” katanya.
No comments
Post a Comment