Taipei: Seorang wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tercekik mata kail yang terdapat dalam ikan yang ditangkap cucunya.
Wanita itu dilaporkan menjadikan ikan yang ditangkap cucunya itu juadah makan malam mereka.
Ketika makan, dia mula merasakan kesakitan yang amat sangat pada tekaknya lalu dikejarkan ke hospital. Selepas pemeriksaan, doktor menemui mata kail dan tangsi sepanjang 13 sentimeter yang masih terikat pada mata kail berkenaan tersekat pada kerongkong wanita itu.
Doktor berkata prosedur mengeluarkan “juadah” berkenaan mengambil masa selama 10 minit. - Agensi
No comments
Post a Comment