Seorang ahli perniagaan warganegara Iran yang dikenali sebagai Kazem Ali dipercayai telah menempah tiket untuk kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan pada 1 Mac dan 6 Mac melalui dua agensi pelancongan tempatan di Pattaya.
Ejen pelancongan di resort Pattaya memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Mr. Ali itu telah memintanya menempah tiket untuk kedua-dua lelaki misteri itu pada 1 Mac.
Namun tempahan yang dibuat itu telah tamat tempoh dan Mr. Ali sekali lagi memintanya menempah tiket baru pada 6 Mac.
Oleh kerana tempahan dan bayaran secara tunai dibuat oleh Mr. Ali itu tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan pada ejen pelancongan itu. Tambahnya lagi, Mr. Ali sudah biasa membuat tempahan tiket dengannya.
Pattaya terkenal dengan aktiviti #pelacuran dan juga menjadi tempat pertemuan utama bagi pengganas-pengganas merancang keganasan
No comments
Post a Comment