Florida – Seorang peminat golf dari Jerman tidak menyangka kunjungannya ke Doral bagi menyaksikan Kejohanan Golf Dunia, akan membawa pulang hadiah yang tidak akan dilupakan.
Apatah lagi ia dihadiahkan oleh pemain golf pujaannya, Tiger Woods.
Lelaki itu telah menerima hadiah bola golf yang dipukul oleh Woods di bahagian kepalanya menyebabkan ia berdarah.
Woods yang terkejut dengan keadaan itu kemudiannya memberikan sarung tangan yang ditandatanganinya kepada lelaki itu sebagai cenderahati dan untuk membuang nasib malang.
“Maaf kerana hal ini,’’ kata Woods kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun selang beberapa minit, keadaan sama berulang apabila lelaki itu terkena bola golf untuk kali kedua.
Kali ini, Woods terpaksa memberikan sarung tangannya yang sebelah lagi sambil diikuti dengan permohonan maaf.
No comments
Post a Comment