Kota Bharu: Seorang remaja berusia 13 tahun bukan saja dilanggar
malah turut digilis kenderaan sama sebelum pemandunya dipercayai
melarikan diri dalam kejadian menyayat hati berhampiran rumah neneknya
dekat Kampung Panchor, Jalan Kemumin, di sini, jam 10 malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian itu turut disaksikan oleh sepupunya,
Nor Suhadah Fauzi, 17, yang sebelum itu bersama mangsa, Muhammad Arif
Salleh berjalan kaki untuk membeli kad prabayar di sebuah kedai terletak
kira-kira 15 meter dari rumah nenek mereka.
Nor Suhadah berkata, mereka berdua keluar rumah pada jam 9.46 malam
untuk ke kedai memandangkan mangsa mahu menggunakan perkhidmatan
Internet.
Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.
Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.
“Mula-mula saya pimpin tangan dia tetapi dia lepas dan berjalan di depan.
No comments
Post a Comment