Rome – Seorang lelaki yang
mengambil sekurang-kurangnya 15 kucing untuk dipelihara sepanjang tempoh
dua tahun lalu kini dituduh membunuh, memasak dan memakan haiwan itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Francesco
F itu didakwa mengunjungi beberapa pusat perlindungan haiwan di wilayah
Brianza dan mengambil kucing hitam yang mempunyai beberapa ciri khusus,
menurut Lorenzo Croce, Presiden Persatuan Perlindungan Haiwan dan Alam Sekitar Itali.
“Kucing itu mesti sekitar tiga tahun dan agak gemuk,” katanya.
Selepas menerima beberapa laporan, pegawai mula mengesyaki lelaki itu terbabit dalam kumpulan pemujaan syaitan.
Francesco dikatakan ditangkap ketika hendak makan seekor kucing, lapor sebuah akhbar tempatan, Independent.
Penyiasat berkata, apabila disoal, lelaki itu kelihatan terkejut dan
bertanya sama ada membunuh dan memakan kucing satu kesalahan.
Memakan kucing bukan perbuatan pelik di Itali walaupun ia jarang berlaku. – Agensi
No comments
Post a Comment