NIAT memang baik, mahu membantu rakan yang ketika itu dalam keadaan susah.
Tapi yang tak disangkanya, disebabkan menolong rakannya itu, kini
nama Hana telah disenaraikan sebagai muflis berikutan Watie Elite tidak
menyelesaikan hutang keretanya.
Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan,
lapan tahun lalu, dia telah bersetuju meminjamkan namanya kepada Watie
demi membolehkan sahabatnya itu membeli kereta.
“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu
supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali.
“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta
berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia
mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.
“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana
kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008
dan sebelum itu pun bayar tak konsisten,” katanya memetik laporan Metro
Ahad, hari ini.
Disebabkan namanya sudah diisytiharkan bankrap, Hana nekad
membawa perkara ini ke muka pengadilan demi membersihkan kembali
namanya.
Hai, tak baiklah macam tu, kawan itu beriya tolong ketika awak dalam keadaan terdesak, alih-alih ini pula jadi kat dia.
Janganlah jadi kawan makan kawan pula kan..
Harapnya kes mereka ini dapat diselesaikan secara baik kerana sayanglah kawan dah lama,
tup-tup hubungan jadi renggang disebabkan masalah yang sepatutnya tak
timbul sekiranya Watie konsisten membayar hutang keretanya itu.
No comments
Post a Comment