India – Seorang ibu muda dan bayi
perempuannya meninggal dunia dalam keadaan tragik apabila suaminya
mencurahkan minyak tanah ke badan mereka hanya kerana wanita itu
melahirkan seorang anak perempuan.
Ibu malang itu, Annu Devi, 22, sedang menyusukan bayinya apabila Gunjan Masat melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan itu.
Lebih malang, selepas membakar dua
beranak itu, Gunjan meletakkan kedua-duanya yang dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan di luar rumah berhampiran tempat pembakaran kayu, untuk
menjadikan kejadian itu sebagai kemalangan.
Kedua-duanya ditemui oleh jirannya mereka pada keesokannya dan masih hidup meskipun 90 peratus badan mereka terbakar.
Mereka bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Polis sudah menahan Gunjan manakala abangnya melarikan diri.
Sementara itu, bapa Anny, Raghuna Rana
berkata, pasangan itu bahagia pada awal perkahwinan mereka namun keadaan
berubah selepas Annu melahirkan anak perempuan.
“Sejak itu mereka mula menyiksa anak saya hingga ke peringkat membunuhnya,’’ katanya.
Selain itu, Raghuna berkata, keluarga besannya juga menuntut wang hantaran berupa televisyen dan motosikal.
“Saya sudah memberikan tanah seluas 1.6 hektar kepada mereka, kini mereka menuntut lagi,’’ katanya.
No comments
Post a Comment