Pelakon Norliza Abdullah memfailkan
perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.
Memetik kenyataan di mStar online,
Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani
peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter
mahkamah pada Rabu lalu.
Laporan juga menyebut, Liza turut
mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini
berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan
pada 5 Februari depan.
Dalam satu temu bual dengan sebuah
akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia
sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah
peribadi dengan peminat.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli
kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz
Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi
Afif, 10.
Pelakon itu yang pernah popular dalam
drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang
filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Ali
Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.
sumber : mStar online
No comments
Post a Comment