NAMPAKNYA kenyataan Nedim Nazri yang menafikan dia akan melamar pelakon, Nora Danish pada tahun ini mengundang pelbagai pandangan di kalangan peminat termasuklah para ‘haters’ mereka.
Bagi yang berfikiran positif, mereka menganggapnya sebagai jawapan selamat bagi mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari jika apa yang dirancang tidak menjadi.
Namun, pada masa yang sama, ada pula yang menganggap Nedim tidak serius dengan Nora dan hanya mahu berseronok sahaja.
Geram dengan komen negatif, ibu pelakon itu, Salimah Talib bangkit mempertahankan kenyataan Nedim melalui laman Facebook.
Bagi penulis, ada benarnya kata ibu Nora itu. Daripada memberikan kenyataan tergesa-gesa seperti yang dilakukan oleh Johan As’ari terhadap Lana Nordin sebelum ini, lebih baik Nedim dan Nora berjaga-jaga.
Pendek kata, selagi belum ada kata putus, tak perlulah mereka mencanang satu dunia mengenainya. Betul tak?
No comments
Post a Comment