Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan
individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang
seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai
Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis.
Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti
tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti
menjijikkan itu.
Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat
kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika
ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.
No comments
Post a Comment