KUALA KANGSAR – Seorang lelaki maut selepas terminum cecair pencuci pendingin hawa dan ‘spirit’ di bilik tidur rumahnya di Taman Mercu di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata, sebelum kejadian pada jam 11.20 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan isterinya.
Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 1.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sementara itu rakan mangsa yang enggan dikenali memaklumkan terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.
Katanya, rakannya itu tidak pernah menceritakan mengenai masalah rumah tangga dihadapinya.
“Memang saya terkejut bila dapat tahu berita ini. Saya harap keluarganya dapat menerima dengan sabar,” katanya. – Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment