Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kemalangan Lotus Elise, Pemandu selamat Biarpun Kereta Hancur
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta sport berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pagoh menuju ke arah Tangkak tengahari tadi.
Ia berlaku di KM147.2 lebuhraya berkenaan melibatkan kereta jenis Lotus Elise.

Jika dilihat pada gambar, bumbung kereta mangsa kelihatan seperti sudah tercabut tetapi sebenarnya ia adalah rekaan asal kereta jenis itu yang tidak berbumbung.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 tengahari tadi melibatkan mangsa seorang warga Singapura.
Terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kemalangan ini. Nasib pemandu Lotus Elise berkenaan masih belum diketahui statusnya.

Kemaskini Pukul 6.08 Petang
Susulan kemalangan tengahari tadi, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Pemandu Lotus itu cedera parah di beberapa bahagian badan sudah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Aminah di Muar, Johor untuk rawatan kecemasan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer. –

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments