Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sekumpulan PENYANGAK Menyamar Jadi Kastam Untuk Kutip Duit
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


IPOH - Orang ramai diminta berwaspada terhadap taktik sebuah kumpulan yang menyamar sebagai pegawai kastam bagi tujuan kutipan wang, dikatakan untuk pembiayaan program jabatan itu.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Muhammad Nasir Said berkata, setakat ini, jabatan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat bagi tujuan kutipan wang untuk membiayai majlis yang dianjurkan.

Menurutnya, mana-mana penganjuran aktiviti di bawah jabatan adalah berdasarkan peruntukan yang disediakan juga sumbangan daripada kakitangan.

“Apa juga urusan babitkan nama jabatan, mereka perlu menunjukkan surat dan kad kuasa, jadi kita minta orang ramai jangan cepat terpengaruh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden tiga lelaki dan seorang wanita yang dikesan menyamar sebagai pegawai kastam untuk mengutip wang secara haram dari peniaga di Kuala Kangsar, minggu lalu.

Kehadiran kumpulan berkenaan berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis sekitar jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.

Mereka dikatakan meminta wang tajaan sebanyak RM1,000 daripada mangsa untuk mengadakan hari keluarga kastam di Jelapang.

Mangsa berusia 40 tahun itu bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum kumpulan berkenaan beredar.

Mengulas lanjut, Muhammad Nasir berkata, tiada penganjuran program jabatan itu di Jelapang, sebaliknya hanya mengadakan satu majlis meraikan kakitangannya di Lumut pada Sabtu dan Ahad lepas.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan orang awam jangan mudah terpedaya dengan helah pihak tertentu yang menjual barangan lelong kastam dengan harga murah.

Katanya, dalam urusan itu, jabatan biasanya akan menawarkan sebut harga barang yang hendak dijual dan mengeluarkan tender terutamanya membabitkan kenderaan.

“Semua urusan penyerahan barang dan dokumen juga diserahkan di pejabat bukan di kedai kopi atau tepi jalan sahaja,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments