Kisah hubungan rapat antara Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal
yang juga bekas suami pelakon, Rita Rudaini dengan wanita bernama Zarema
Zainal sebenarnya bukan perkara baru.
Malah hubungan istimewa antara mereka sudah bertebaran sejak Aidil dan Rita mengalami keretakan rumah tangga lagi.
Kedua-dua pihak bagaimanapun dilihat menyembunyikan keakraban mereka
meskipun beberapa gambar membuktikan mereka meluangkan masa bersama
pernah tersebar di internet sebelum ini.
Apa pun, Aidil kini sudah nyata bukan lagi suami orang setelah
menjatuhkan talak ke atas Rita, 4 Ogos lalu. Setelah sekian lama bekas
pasangan suami isteri ini berperang menerusi media dan naik turun
mahkamah, mungkin inilah keputusan terbaik untuk mereka.
Menerusi cara ini baik Aidil mahu pun Rita, bolehlah membina hidup baru dengan pengganti masing-masing.
Malah selepas sah sudah status Aidil bukan lagi suami kepada Rita,
pemain bola ini pun dilihat sudah makin terbuka mempamerkan hubungannya
dengan Zarema.
Hal ini dapat dilihat di laman Instagram Aidil yang tidak
lagi sorok-sorok bergambar bersama kawan baik pelakon popular, Nora
Danish itu.
Mereka juga dilihat sama-sama menghadiri majlis hari lahir anak buah hati Nora Danish, Nedim Nazri.
Sekiranya benar Aidil dan Zarema mempunyai hubungan istimewa,
harap-harap segeralah makan nasi minyak. Dan jika mereka membina rumah
tangga bersama selepas ini, pasti banyak boleh dipelajari oleh Aidil
daripada pengalaman silamnya untuk dijadikan panduan.
Apa yang penting, jangan dilupakan zuriatnya bersama Rita iaitu Airit
Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin yang masih memerlukan perhatian
seorang bapa dalam menjalani proses membesar.
No comments
Post a Comment